Indonesia mengambil tindakan tegas terhadap gergasi teknologi apabila memanggil Google dan Meta kerana didakwa tidak mematuhi larangan penggunaan media sosial bagi remaja bawah 16 tahun yang mula berkuat kuasa hujung minggu lalu.

Menteri Komunikasi, Meutya Hafid, berkata surat panggilan telah dihantar kepada kedua-dua syarikat tersebut sebagai sebahagian daripada tindakan pentadbiran susulan pelanggaran undang-undang tempatan.

Larangan itu diperkenalkan bagi menangani kebimbangan terhadap kandungan tidak sesuai, buli siber serta ketagihan internet dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

Langkah Indonesia ini bukan sesuatu yang terpencil.

- Advertisement / Iklan -

Sejak kebelakangan ini, beberapa negara mula memberi tekanan kepada platform media sosial susulan kebimbangan terhadap kesan terhadap kesihatan mental golongan muda. Australia, misalnya, sedang menyiasat platform seperti Facebook, TikTok dan YouTube berhubung kemungkinan pelanggaran berkaitan keselamatan pengguna remaja.

Menurut Meutya, tiada kompromi dalam soal pematuhan undang-undang, meskipun mengakui cabaran besar memandangkan Indonesia merupakan antara negara paling aktif dalam penggunaan media sosial, dengan purata masa skrin mencecah tujuh hingga lapan jam sehari.

- Advertisement / Iklan -

Walaupun Google dan Meta didakwa menentang peraturan tersebut sejak awal, beberapa platform lain seperti TikTok dan Roblox dilihat sedang berusaha untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Kerajaan Indonesia turut menggesa ibu bapa dan pengguna untuk bersama-sama memantau serta melaporkan sebarang pelanggaran, dalam usaha memastikan ruang digital yang lebih selamat untuk generasi muda.

Artikel Berkaitan: