Beraya di rumah kawan memang antara momen paling ditunggu.

Dapat jumpa, sembang, makan sama-sama. Namun dalam keterujaan itu, ada beberapa perkara kecil yang wajar diberi perhatian, lebih-lebih lagi apabila kita berada di rumah orang.

Antara adab yang boleh diamalkan:

Mulakan dengan memberi salam dan menyapa ibu bapa kawan

- Advertisement / Iklan -

Nampak ringkas, tetapi inilah yang membentuk tanggapan pertama terhadap diri kita.

Tunggu dipelawa sebelum mengambil makanan

- Advertisement / Iklan -

Walaupun hidangan nampak menggoda, biarkan tuan rumah mempelawa terlebih dahulu sebagai tanda hormat.

Raya bukan sekadar meriah, tapi penuh adab bila berkunjung ke rumah orang.
Raya bukan sekadar meriah, tapi penuh adab bila berkunjung ke rumah orang.

Jaga adab dalam rumah orang

Artikel Berkaitan:

Ikut aturan seperti membuka kasut dan elakkan masuk ke ruang peribadi tanpa izin.

Kurangkan penggunaan telefon

Ambil gambar sekadar perlu, tetapi fokus kepada interaksi bersama orang sekeliling.

Ambil gambar boleh, tapi jangan sampai leka dengan telefon sepanjang ziarah.
Ambil gambar boleh, tapi jangan sampai leka dengan telefon sepanjang ziarah.

Ambil makanan berpada-pada

Elakkan pembaziran dan cuba habiskan apa yang diambil.

Jaga cara bercakap

Gunakan bahasa yang sopan, terutama apabila berhadapan dengan ibu bapa kawan.

Ambil makanan berpada-pada. Elak membazir, hargai setiap rezeki yang dihidang.
Ambil makanan berpada-pada. Elak membazir, hargai setiap rezeki yang dihidang.

Jangan terlalu lama bertamu

Beri ruang kepada tetamu lain dan elakkan membuat tuan rumah rasa serba salah.

Ucap terima kasih sebelum pulang

Walaupun ringkas, ia menunjukkan penghargaan terhadap jemputan dan layanan yang diberikan.

Dalam suasana Raya, bukan perkara besar yang sering diingati.

Raya bukan sekadar meriah, tapi penuh adab bila berkunjung ke rumah orang.
Raya bukan sekadar meriah, tapi penuh adab bila berkunjung ke rumah orang.

Sebaliknya, adab dan cara kita membawa diri dalam perkara kecil itulah yang meninggalkan kesan.