Membesarkan anak dalam spektrum autisme bukan sekadar tentang memahami keperluan mereka ketika kecil, tetapi menuntut kekuatan emosi yang jauh lebih besar apabila mereka meningkat remaja.

Bagi Siti Sarah Mohammad Suhaimi, 47, cabaran sebenar bukan ketika anak masih kecil, sebaliknya bermula apabila anak lelakinya, Caliph Umar Izham, 14, melangkah ke fasa remaja.

Jelas Siti Sarah, ketika kecil banyak perkara masih boleh dikawal. Tantrum boleh diurus, rutin boleh dibentuk dan tingkah laku masih dalam ruang untuk diperbetulkan.

Namun apabila anak semakin membesar, segalanya berubah.

- Advertisement / Iklan -

Salah satu fasa paling mencabar jelasnya apabila anak memasuki alam baligh. Perubahan fizikal berlaku seperti remaja lain, namun mereka sendiri tidak memahami apa berlaku pada diri.
Salah satu fasa paling mencabar jelasnya apabila anak memasuki alam baligh. Perubahan fizikal berlaku seperti remaja lain, namun mereka sendiri tidak memahami apa berlaku pada diri.

“Badan mereka semakin besar, tenaga semakin kuat, emosi semakin kompleks tetapi pemikiran masih seperti anak kecil. Di situ kita mula rasa betapa beratnya perjalanan ini,” ceritanya kepada Pop Family.

- Advertisement / Iklan -

Tambah Siti Sarah, segala yang dihadapi hari ini sebenarnya berkait rapat dengan apa yang sempat atau tidak sempat dilakukan ketika anak masih kecil.

Justeru, dia menegaskan kepentingan kesedaran awal dan tindakan segera, termasuk mendapatkan intervensi awal bagi membantu perkembangan anak.

“Jangan tunggu. Jangan terlalu lama dalam penafian. Apa yang kita abaikan hari ini akan jadi cabaran besar bila mereka dewasa nanti,” ujarnya.

Siti Sarah juga belajar untuk melepaskan jangkaan terhadap laluan kehidupan anak.
Siti Sarah juga belajar untuk melepaskan jangkaan terhadap laluan kehidupan anak.

Perubahan

Salah satu fasa paling mencabar jelasnya apabila anak memasuki alam baligh. Perubahan fizikal berlaku seperti remaja lain, namun mereka sendiri tidak memahami apa berlaku pada diri.

Dia mengakui pernah berdepan perubahan tingkah laku anak yang sebelum ini stabil, tetapi menjadi lebih tidak menentu selepas melalui itu.

“Sebagai ibu, itu sangat merisaukan. Anak yang sebelum ini ok, tiba-tiba berubah tingkah laku selepas baligh,” katanya.

Dalam berdepan realiti itu, dia percaya perkara paling penting untuk dipersiapkan bukanlah anak semata-mata, tetapi hati ibu bapa.

Ada hari anak tidak mampu mengawal emosi dan dalam masa yang sama ibu bapa tidak boleh ‘rebah’ walaupun keletihan.

“Kita kena jadi tempat paling selamat untuk mereka, walaupun kadang-kadang kita sendiri sedang rapuh,” jelasnya.

Dalam masa sama, Siti Sarah juga belajar untuk melepaskan jangkaan terhadap laluan kehidupan anak.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menjelaskan, setiap anak mempunyai keistimewaan tersendiri yang perlu dicari dan diasah, walaupun mungkin tidak seiring dengan apa yang dirancang oleh ibu bapa.

Berkongsi lanjut mengenai Caliph, kecenderungan anak istimewanya itu terhadap muzik dan animasi menjadi antara ruang yang menenangkan dirinya.

Namun buat masa ini, fokus utama keluarga adalah untuk membantu menstabilkan emosi dan tingkah laku terlebih dahulu sebelum mengembangkan potensi tersebut.

“Perjalanan ini bukan tentang cepat, tetapi tentang memastikan setiap langkah dibina dengan asas yang betul,” ujarnya.

Di sebalik segala cabaran, kebimbangan terbesar sebagai ibu bukanlah terhadap pandangan orang, tetapi kemungkinan tindakan anak yang boleh disalah tafsir.

Dia berkongsi salah satu pengalaman apabila anaknya pernah memeluk seorang kanak-kanak perempuan di taman kerana merasakan ia sebagai tanda kasih sayang.

Sebagai ibu bapa, katanya, mereka telah melakukan yang terbaik setiap hari dalam mendidik dan membimbing anak-anak ini
Sebagai ibu bapa, katanya, mereka telah melakukan yang terbaik setiap hari dalam mendidik dan membimbing anak-anak ini

Namun dalam konteks masyarakat, tindakan itu boleh dianggap tidak sesuai.

“Bagi dia, itu adalah kasih sayang yang jujur tetapi dalam dunia luar, ia boleh disalah faham,” katanya.

Selain itu, satu lagi insiden yang sukar dilupakan berlaku ketika anaknya berusia tujuh tahun.

Ketika bercuti di sebuah resort, Caliph secara tiba-tiba menolak seorang kanak-kanak ke dalam kolam renang, sedangkan kanak-kanak tersebut tidak tahu berenang.

Situasi itu mencetuskan panik, namun berjaya diselamatkan oleh datuk mangsa yang berada berhampiran.

“Saya tidak tahu berapa kali minta maaf. Rasa bersalah itu sangat berat kerana saya tahu dia tidak faham sepenuhnya apa yang dia lakukan,” kongsinya.

Sejak itu, dia mengakui sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, terutama apabila berada di tempat awam.

Bukan kerana tidak mempercayai anak, tetapi kerana memahami bahawa dunia luar belum tentu memahami mereka.

Sehubungan itu, dia berharap masyarakat dapat mengubah cara pandang terhadap anak-anak autisme.

Tegas Siti Sarah, mereka bukan nakal atau kurang ajar, sebaliknya hanya memahami dunia dengan cara yang berbeza.

Sebagai ibu bapa, katanya, mereka telah melakukan yang terbaik setiap hari dalam mendidik dan membimbing anak-anak ini. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit empati dan ruang untuk bernafas.

“Apa yang anda nampak beberapa minit itu, kami hadap setiap hari,” katanya.