Remaja hari ini cepat mahu membesar? Pengaruh media sosial antara faktornya

- Advertisement / Iklan -
Remaja hari ini membesar dalam dunia yang sentiasa di hujung jari.
Sherry Alhadad dan Qasrina Karim kongsi pandangan mengenai perubahan remaja masa kini serta pentingnya peranan ibu bapa dalam membimbing anak-anak berdepan pelbagai pengaruh.

Pernahkah anda merasakan remaja hari ini seolah-olah mahu cepat menjadi dewasa?

Daripada cara berpakaian, penggunaan solekan hinggalah gaya hidup yang dipaparkan di media sosial, ramai berpendapat generasi kini lebih terdedah kepada pelbagai pengaruh berbanding sebelum ini.

Bagi pelakon Qasrina Karim, perkembangan media sosial dan internet menjadi antara faktor yang mendorong perubahan tersebut.

Qasrina Karim

- Advertisement / Iklan -

Menurutnya, akses tanpa sempadan kepada pelbagai kandungan menyebabkan remaja hari ini lebih cenderung untuk meniru gaya hidup orang dewasa.

"Dengan social media dan internet pun kita lebih terdedah kepada everything sebenarnya. 

- Advertisement / Iklan -

"Everything is at your fingertips. Kita nampak sekarang budak-budak lagi tak sabar nak grow up daripada cara berpakaian, cara make up, semua itu. Saya rasa itu semua pun memainkan peranan," katanya.

Dalam masa sama, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad berpendapat remaja masih berada dalam fasa belajar dan belum cukup matang untuk membezakan perkara yang betul dan tidak.

Sherry Alhadad

Justeru, katanya, peranan ibu bapa amat penting dalam memantau aktiviti harian termasuk penggunaan media sosial anak-anak.

"Apa-apa pun dia kenalah bermula daripada rumah. Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk memantau apa sahaja aktiviti, kegiatan ataupun media sosial anak-anak sebab kadang-kadang budak yang masih remaja ni, dia belum matang untuk memikirkan mana yang betul, mana yang tidak," katanya.

Keluarga sepatutnya menjadi ruang pertama anak belajar tentang dunia.

Sherry bagaimanapun mengakui ramai ibu bapa berdepan kekangan masa kerana komitmen kerja.

"Kadang-kadang kita nak suruh ibu bapa fokus pun, diorang pun sibuk dengan kerja kan. Apa-apa pun bermula daripada rumah," ujarnya mengakhiri perbualan.