“Saya sangat takut kehilangan mama dan adik”, Julia kongsi detik cemas didatangi JKM

- Advertisement / Iklan -

Anak kepada pelakon dan usahawan, Betty Banafe iaitu Julia Claire Dargus berkongsi detik mencemaskan yang dilaluinya apabila pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir ke kediaman mereka susulan satu laporan yang dibuat oleh bapanya.

Remaja berusia 13 tahun itu berkata, kehadiran pihak berkenaan menimbulkan rasa takut dan gelisah kerana dia bimbang akan dipisahkan daripada ibunya serta adik.

“Saya sangat takut kehilangan mama dan adik. Mereka adalah sokongan dan kekuatan saya,” katanya menerusi podcast Pop Family baru-baru ini.

- Advertisement / Iklan -

Dalam situasi tersebut, dia memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan memanjatkan doa agar keluarganya tidak dipisahkan.

“Saya berdoa, Ya Allah tolong saya, jangan ambil mama dan adik daripada saya. Mereka kekuatan saya,” ujarnya.

- Advertisement / Iklan -

Tambahnya, dia turut memohon agar diberikan ketenangan serta kedamaian ketika berdepan detik sukar itu.