6 kemahiran hidup yang remaja perlu ada sebelum ke kolej

- Advertisement / Iklan -
Ini sebenarnya permulaan sebenar kehidupan kolej, bukan sekadar belajar dalam kelas, tetapi belajar urus diri dan hidup sendiri.
Bukan sekadar akademik, tetapi persediaan untuk berdikari dan mengurus kehidupan sendiri

Masuk ke alam kolej adalah satu fasa besar dalam kehidupan seorang remaja. Ia bukan sahaja tentang menyambung pelajaran, tetapi juga tentang belajar berdikari dan membuat keputusan sendiri tanpa pengawasan ibu bapa.

Dalam realiti kehidupan kampus, kemahiran hidup sering menjadi faktor yang menentukan sama ada seseorang itu mampu menyesuaikan diri atau sebaliknya.

Antara yang paling penting ialah keupayaan mengurus kewangan. Remaja perlu memahami cara mengawal perbelanjaan, merancang bajet dan mengutamakan keperluan agar tidak terbeban dengan masalah kewangan.

Bila dah mula pegang duit sendiri, setiap perbelanjaan ada makna, jadi penting untuk tahu bezakan keperluan dan kehendak supaya tak stres kemudian hari.

- Advertisement / Iklan -

Selain itu, pengurusan masa juga memainkan peranan besar. Tanpa disiplin diri, rutin harian boleh menjadi tidak teratur, sekali gus memberi kesan kepada prestasi akademik dan kesejahteraan diri.

Kemahiran memasak makanan ringkas pula mungkin kelihatan kecil, tetapi memberi impak besar dalam memastikan mereka kekal sihat dan tidak terlalu bergantung kepada makanan luar.

- Advertisement / Iklan -

Tak perlu pandai memasak macam chef, cukup tahu sediakan makanan ringkas untuk jaga diri bila tiada makanan rumah.

Dalam masa sama, aspek keselamatan diri perlu diberi perhatian. Remaja harus belajar mengenali batas, membuat keputusan yang selamat dan tidak mudah terpengaruh dengan tekanan rakan sebaya.

Kawan yang baik boleh jadi tempat bergantung bila berjauhan dari keluarga dan itulah sokongan yang paling kita perlukan.

Kemahiran komunikasi juga penting dalam kehidupan kampus. Ia membantu dalam membina hubungan yang sihat serta mengurus konflik dengan lebih matang.

Dalam kehidupan, tak semua orang akan sependapat dengan kita, tetapi cara kita berkomunikasi dan selesaikan perbezaan itu yang mematangkan diri.

Tidak kurang penting ialah ketahanan emosi. Kehidupan kolej datang dengan cabaran tersendiri, termasuk tekanan akademik dan perasaan rindu kepada keluarga. Keupayaan mengawal emosi dan bangkit semula daripada kesukaran akan membantu mereka menyesuaikan diri dengan lebih baik.

Akan ada hari yang baik dan ada hari yang mencabar, tetapi yang penting ialah bagaimana kita jaga emosi dan terus bangkit.

Mempersiapkan anak dengan kemahiran ini bukan sahaja membantu mereka bertahan, tetapi memberi keyakinan untuk berkembang dan menikmati pengalaman hidup secara lebih bermakna.